Friday, March 12, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW PERINGKAT SKPR 2010

Pada hari Khamis bersamaan 11 mac 2010 telah berlangsung sambutan MaulidurRasul peringkat SK Pintas Raya. Perhimpunan yang telah diadakan di dewan terbuka SKPR itu telah dihadiri oleh para pelajar, guru serta tetamu jemputan. SEmua segak dan kemas berpakaian baju kurung dan berbaju melayu.

Penceramah yang telah diundang ialah Dr Rafiuddin bin Afkari. Beliau adalah Panel fakulti Pengajian Islam di UTHM. Beliau telah menyampaikan ceramahnya dengan penuh bersemangat dan para pelajar juga turut mendengarnya dengan penuh tekun.

Selain itu, sambutan tersebut juga telah diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-QuranulKarim oleh adik Mohd. Husnee bin Abd. Shukor dari kelas 6 Mawar. Dituruti juga dengan alunan berzanji oleh adik Mohd. Nur Hanafi bin Harol Anuar dari kelas 6 Mawar dan adik Nor Fazleen bt Ma'mor dari kelas 5 Mawar. Alunan berzanji tersebut telah diikuti dengan selawat beramai-ramai yang diketuai oleh Ust. Mohd.Aminurrasyid bin Kusni.

Majlis seterusnya diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan As-Syakirin yang mempersembahkan alunan zikir dan selawat Badar serta nasyid Taubat Maksiat. Persembahan tersebut telah diiringi dengan paluan kompang.

Majlis diakhiri dengan jamuan. Pelajar kembali masuk ke kelas masing-masing untuk memulakan kelas pada jam 11.00 pagi.

No comments:

Post a Comment