Saturday, July 21, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1433 H

SK Pintas Raya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1433 h kepada semua penganut agama Islam di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya. Semoga amal ibadah dapat dipertingkatkan pada bulan ini. Insya Allah.

Wednesday, July 11, 2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN

Pada 10 Julai 2012, telah diadakan Senamrobik 1Murid 1Sukan peringkat SK Pintas Raya. Program tersebut telah dijalankan serentak di seluruh negara.

Di peringkat SK Pintas Raya, program tersebut bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 8.35 pagi. Program tersebut telah dikendalikan oleh Puan Roslinda binti Abd Majid.

Selepas itu, telah diadakan pertandingan mewarna bagi semua murid-murid SK Pintas Raya dan telah berakhir pada pukul 10.00 pagi.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, July 5, 2012

PERSEMBAHAN MURID (2 JULAI 2012)

Pada 2 Julai 2012, giliran murid-murid 1 Kenanga membuat persembahan semasa perhimpunan dijalankan. Mereka telah dilatih oleh Pn Roslinda binti Abd Majid selaku Guru Bahasa Inggeris tahun 1 Kenanga. Lihatlah gambar-gambar di bawah.