Monday, February 27, 2012

LE TOUR DE LANGKAWI 2012

27 Februari 2012 merupakan tarikh yang menggembirakan di mana Program Jelajah Le tour De Langkawi 2012 telah melalui hadapan SK Pintas Raya. Jika selama ini pertandingan berbasikal seperti ini hanya dapat ditonton di kaca televisyen sahaja, ianya dapat disaksikan sendiri oleh warga SK Pintas Raya.

MAJLIS PELANTIKAN & PENTAULIAHAN 2012

Majlis pelantikan dan pentauliahan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Cyber Bridget, Doktor Muda, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas tahun 2012 telah diadakan pada 27 Februari 2012 di Dewan Tertutup SK Pintas Raya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Sarjan Mejar Azhar bin Wahab, Ketua Balai Polis Sri Gading.

Sunday, February 26, 2012

PROGRAM PENYERAHAN TAKLIF 2012

Program Penyerahan Taklif SK Pintas Raya telah dilaksanakan pada 26 Februari 2012. Ianya dijalankan dengan kerjasama di antara SK Pintas Raya dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) daerah Batu Pahat.

Rasional pelaksanaan program ini ialah memberikan kefahaman serta kesedaran kepada ibu bapa terhadap penyerahan rasa tanggungjawab yang perlu diberikan kepada anak-anak yang mencapai umur baligh agar anak-anak dapat menunaikan rasa tanggungjawab mereka kepada Tuhan.

Sasaran utama program ini ialah murid-murid tahun 6 dan ibu/bapa/ penjaga mereka. Walaupun kehadiran agak memuaskan, namun tidak mencapai sasaran kehadiran 100%. Diharapkan pada masa akan datang, program ini akan dapat mencapai kehadiran murid serta ibu/bapa/penjaga 100%. Insya Allah...

Thursday, February 23, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S. A. W. PERINGKAT SK PINTAS RAYA 2012 M/1432 H

SK Pintas Raya telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S. A. W. peringkat sekolah pada 22 Mac 2012. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran penceramah undangan, Al-Fadhil Ustaz Mazli bin Yusoh dari SMK Dato' Menteri.

Monday, February 20, 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM MEMBACA 2012

Pada 20.2.2012, majlis pelancaran Program Nilam Membaca 2012 telah dilaksanakan. Majlis tersebut telah dilancarkan secara rasminya oleh En Ismail bin Ahmad, Guru Besar SK Pintas Raya. Berbaga-bagai aktiviti telah disusun sepanjang minggu ini. Dalam majlis pelancaran tersebut, Tuan Guru Besar telah melancarkan program tersebut dengan gimik melepaskan belon ke udara.