Thursday, August 30, 2012

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA 2012 M/1433 H

Pada 30 Ogos 2012 yang lalu, SK Pintas Raya dengan kerjasama PIBG SK Pintas Raya telah menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana bagi tahun 2012 bersempena dengan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Majlis tersebut bermula pada pukul 7.00 malam dan berakhir 10.00 malam. Antara pengisian majlis tersebut ialah solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, solat hajat berjemaah dan solat Isyak berjemaah. Ianya diserikan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi bin Abdul Hamid dari Sekolah Menengah Agama Parit Raja.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 PERINGKAT SK PINTAS RAYA 2012

Pada 30 Ogos 2012, SK Pintas Raya telah menganjurkan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55 tahun. Sambutan tersebut telah berlangsung bermula 10.20 pagi (waktu selepas rehat). Pelbagai acara telah diadakan antaranya nyanyian lagu-lagu patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, August 15, 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK PINTAS RAYA 2012 M/1433 H

Pada 15 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadan 1433 H, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran peringkat SK Pintas Raya. Majlis ini merupakan penutup kepada Program Tadarus yang telah diadakan sempena bulan Ramadan. Seramai 67 orang murid telah khatam Al-Quran dan terpilih untuk menyertai program ini serta menerima sijil penyertaan.










Tuesday, August 14, 2012

PROGRAM TADARUS AL-QURAN 2012 M/1433 H

Panitia Pendidikan Islam SK Pintas Raya telah menganjurkan program tadarus Al-Quran bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Ianya telah dilaksanakan bermula 24 Julai 2012 dan berakhir pada 14 Ogos 2012. Kemuncak pada program ini ialah Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah yang telah diadakan pada 15 Ogos 2012.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, August 8, 2012

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DI UTHM

Pada 8 Ogos 2012, seramai 13 orang murid SK Pintas Raya terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin telah terpilih untuk menerima sumbangan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban dan menggembirakan hati mereka terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan itu telah disampaikan oleh Naib Canselor UTHM.