Wednesday, October 24, 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Pada 22-24 Oktober 2012, telah berlangsungnya Program Kem Membaca 1 Malaysia. Program yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Pintas Raya ini telah menganjurkan berbagai-bagai aktiviti yang menarik antaranya pertandingan mewarna yang telah dianjurkan dengan kerjasama PPD Batu Pahat dan Adabi dan demonstrasi memasak oleh Chef Irwan yang telah dibawa khas oleh Adabi. Kemuncak program ini ialah program membaca selama 30 minit melibatkan semua warga SK Pintas Raya.

  

 
 

Saturday, October 20, 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

Pada 19-20 Oktober 2012, Unit Kokurikulum SK Pintas Raya telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform SK Pintas Raya. Kira-kira 80 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini yang mana mereka terdiri daripada ahli-ahli Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Apa yang menariknya, pada perkhemahan kali ini, semua peserta perlu menyediakan sendiri hidangan makan malam. Pihak penganjur hanya menyediakan bahan-bahan mentah namun semuanya bergantung kepada peserta-peserta untuk mengolah sendiri hidangan yang perlu disediakan yang bersesuaian sebagai hidangan makan malam. Ini bertujuan untuk mengajar peserta-peserta agar dapat dapat berdikari. Selain itu, semua peserta telah dibawa ke Tapak Perkuburan Kampung Parit Haji Salleh Ros untuk acara kebajikan. Ini sebagai kesinambungan daripada kursus pengurusan jenazah yang telah diadakan sebelum ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Saturday, October 6, 2012

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Panitia Pendidikan Islam SK Pintas Raya dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 6 Oktober 2012. Kira-kira 145 orang murid tahun 5 dan tahun 6 telah terlibat mengikuti program ini. Antara pengisian kursus ini ialah penerangan berkenaan perkara pengurusan jenazah dan cara-cara mengkapankan jenazah. 2 orang murid, masing-masing seorang lelaki dan perempuan telah terpilih untuk menjadi model bagi sesi mengkapankan jenazah.

 
 

Wednesday, October 3, 2012

SUKAN TAHUNAN SK PINTAS RAYA 2012

Pada 3 Oktober 2012, telah berlangsungnya Sukan Tahunan SK Pintas Raya. Buat julung-julung kalinya, acara ini telah dilangsungkan di padang awam Taman Universiti Parit Raja. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya acara balapan dan acara padang. Seramai 6 pasukan telah bertanding bagi merebut gelaran juara iaitu Rumah Hijau, Rumah Oren, Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Ungu dan Rumah Biru. Berikut adalah pungutan mata bagi setiap rumah yang bertanding.

KEDUDUKAN
RUMAH
MATA
JOHAN
OREN
236
NAIB JOHAN
MERAH
216
KE-3
HIJAU
196
KE-4
KUNING
180
KE-5
UNGU
178
KE-6
BIRU
169

 
 

Wednesday, September 19, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 55

Bersempena sambutan kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 55 pada 31 Ogos 2012 yang lalu, SK Pintas Raya teah menganjurkan Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 55 peringkat SK Pintas Raya. Program tersebut telah berlangsung sepanjang Ogos yang lalu. Pada 19 September 2012, majlis penyampaian hadiah telah dilangsungkan bagi menghargai warga SK Pintas Raya yang telah menyertai program-program yang telah dianjrkan. Antaranya Pertandingan Kelas Patriotik, Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan dan sebagainya.