Friday, November 26, 2010

ZOOM-A ONLINE DI MAKMAL KOMPUTER



MAKMAL KOMPUTER AKAN DIBUKA SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN. MURID-MURID TAHUN 6 DAN 5 TAHUN 2011 BOLEH MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTER UNTUK MEMBUAT LATIHAN ONLINE ZOOM-A..
PENUHILAH CUTI SEKOLAH DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERFAEDAH UNTUK DIRI KAMU...

Tuesday, November 16, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK PINTAS RAYA 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Konvokesyen Pra Sekolah bagi Tahun 2010 telah diadakan pada 15 November 2010 bertempat di Deawan Terbuka SK Pintas Raya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Pintas Raya iaitu EN Adanan b Che Mat.



TOKOH MURID 2010 = ADIK AZAM ISKANDAR B MHD SAHRUDDIN



TUNAS HARAPAN 2010 = ADIK KHAIRUNNISA BATRISYA BT JAMIL



TOKOH KO-KURIKULUM 2010 = ADIK MOHD AMIN BIN SHADAN

Friday, November 12, 2010

TAHNIAH...TAHNIAH....TAHNIAH...


INILAH WAJAH-WAJAH MEREKA YANG TELAH MENDAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN UPSR YANG LALU...SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MEREKA..TERUSKAN KEJAYAAN KAMU SEMUA..

Monday, November 1, 2010

SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE SK PINTAS RAYA KEPADA EN ISMAIL BIN AHMAD SELAKU GURU BESAR YANG BARU UNTUK SEKOLAH KAMI..SEMOGA SK PINTAS RAYA AKAN LEBIH GEMILANG DI BAWAH PIMPINAN CIKGU...

Friday, August 27, 2010

SALAM AIDILFITRI



Get more Hari Raya : Click here
Get More Hari Raya Glitters & Image Messages

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-53 KEPADA SEMUA WARGA SK PINTAS RAYA...SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SKPR ADALAH PADA 1 SEPTEMBER 2010 BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA SKPR..PELBAGAI AKTIVITI AKAN DIADAKAN BAGI MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN INI..ANTARANYA IALAH:
1. PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS BAGI TAHAP 1 DAN 2.
2. PERTANDINGAN MEWARNA BAGI TAHAP 1, PRASEKOLAH DAN PENDIDIKAN KHAS.
3. PERTANDINGAN BASIKAL TERCANTIK BAGI TAHAP 2.

Thursday, July 1, 2010

HARI TERBUKA SK PINTAS RAYA 2010

Hari Terbuka SK Pintas Raya telah diadakan pada 30 Jun 2010. Para ibubapa semua murid telah dijemput hadir ke sekolah bagi berjumpa dengan guru-guru bagi membincangkan sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak mereka serta cara bagaimana untuk meningkatkan prestasi pembelajaran murid tersebut. Buku Adab Pelajar juga turut diserahkan kepada penjaga murid bagi mereka melihat sendiri tahap pencapaian akademik dan ko-kurikulum anak-anak mereka di sekolah. Semoga dengan adanya Hari Terbuka ini dapat memberikan pendedahan kepada para ibubapa serta penjaga murid tentang tahap akademik anak-anak didik SK Pintas Raya.

Monday, June 28, 2010

PERTANDINGAN MINI MUSABAQAH SKPR 2010

Pada 25 dan 26 Jun telah berlangsung Pertandingan Mini Musabaqah peringkat SK Pintas Raya Tahun 2010. Program ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Pertandingan telah dibuka kepada pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Bagi Tahap 1 pertandingan telah diadakan pada 25 Jun 2010 dan Tahap 2 pula pada 26 Jun 2010. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya ialah pertandingan tilawah Al-Quran, bacaan berzanji, azan, sayang jawi, kuiz Bahasa Arab dan kalam jam'ie (choral speaking).

Thursday, June 24, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan pelajar-pelajar SK Pintas Raya. Sesi persekolahan bagi penggal yang kedua baru bermula. Bagi sesi penggal pertama yang telah berlalu banyak aktiviti yang telah dijalankan dimana melibatkan guru-guru dan juga pelajar. Kurangkan kelemahan dan pertingkatkan prestasi untuk sesi penggal kedua ini.
Bagi pelajar Tahun 6, kalian hanya tinggal 3 bulab sahaja lagi untuk menghadapi UPSR. Gunakan sebaik mungkin masa yang ada.
Semoga kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Tuesday, June 1, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 kepada murid-murid Tahun 1 hingga 5. Peperiksaan berlangsung bermula 1 hingga 4 Jun 2010. Semoga semuanya beroleh kejayaan yang cemerlang.

Monday, May 24, 2010

PEMENANG PERTANDINGAN E-KAD SEMPENA HARI GURU 2010

Pada 12 hingga 20 Mei yang lalu Unit Teknologi Makmal Komputer telah mengadakan Pertandingan Rekacipta e-Kad Sempena Hari Guru SK Pintas Raya. Berikut adalah pemenang tempat pertama hingga ketiga. Tahniah diucapkan.




Tempat Pertama : Adik Muhamad Adli bin Mustakim dan Adik Muhamad Afham bin Osman - Kelas 5M
















Tempat Kedua : Adik Ahmad Husnee bin Abdul Shukor - Kelas 6M








Tempat Ketiga : Adik Yasmin Diyana Elina bt Ithnin - Kelas 5M








Monday, May 17, 2010

HAPPY TEACHERS' DAY

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK PINTAS RAYA TELAH DIADAKAN PADA 17.5.2010 YANG LALU. BERBAGAI-BAGAI AKTIVITI TELAH DIJALANKAN. IANYA DIMULAKAN DENGAN TARIAN POCO-POCO DIPIMPIN OLEH PN ROSLINDA DAN CIK ADURA. SELAIN ITU, PERMAINAN FUTSAL, PERTANDINGAN ROKET AIR DAN SHOOT THE GOAL JUGA DIADAKAN. HAAA..MEH MASUK TENGOK GAMBO-GAMBO YANG ADA NI..KALAU NAK KOMEN PUN LEH GAK...




ala payung la payung ketipang payung...
















Thursday, May 6, 2010

SKPR JOHAN PERTANDINGAN ROKET AIR

Pada 5 Mei yang lalu, bertempat di Padang Golf UTHM telah berlangsung Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat. SK Pintas Raya telah mengambil bahagian yang diwakili oleh Adik Azri Zaris dan Adik Afham. Mereka telah dibimbing oleh Pn Mariam A. Hamid serta dibantu oleh Ustaz Amin dan En. Hazrin. Sukacita dimaklumkan bahawa SKPR telah menjadi JOHAN dalam pertandingan tersebut dan berjaya mengalahkan sekolah-sekolah yang lain.SYABAS diucapkan kepada barisan guru dan murid yang telah berjaya menaikkan nama SKPR.TAHNIAH..
















Saturday, April 17, 2010

Ceramah Salah Laku Remaja dan Penderaan Kanak-kanak 2010

Pada 16 April 2010, telah diadakan satu program iaitu Ceramah Salah Laku Remaja dan Penderaan Kanak-kanak 2010 yang telah dikelolakan oleh Klinik Kesihatan Sri Gading. Program ini diadakan bagi memberi kesexdaran awal kepada remaja khususnya murid di SKPR sejajar dengan peningkatan gejala salah laku remaja dan penderaan kanak-kanak serta masalah yang berkaitan yang semakin meruncing pada masa kini.

Sunday, April 4, 2010

MERENTAS DESA

PROGRAM MERENTAS DESA TAHUN 2010 TELAH BERLANGSUNG PADA BULAN FEBUARI YANG LALU. ACARA MERENTAS DESA DIJALANKAN UNTUK MURID-MURID TAHAP 2 DAN ACARA MEWARNA UNTUK MURID-MURID TAHAP 1. LIHAT GAMBAR DI BAWAH.





























Monday, March 29, 2010

KURSUS KEPIMPINAN 2010

Pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 telah diadakan satu ceramah kepimpinan untuk barisan pemimpin sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Cyber Bridget, Doktor Muda, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Program ini telah dijayakan dengan usaha sama penuntut dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO).



















Hari Kesihatan SK Pintas Raya 2010


Pada 29 mac 2010 telah berlangsung satu progarm iaitu Hari Kesihatan peringkat SKPR. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dn berakhir pada 11.30 tengahari. ini merupakan program yang pertama kali diaakan di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta dibantu oleh Unit HEM dan Kelab Doktor Muda.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang menjaga kesihatandiri di kalangan murid sekoalh dari Prasekolah hinggalah murid Tahun 6. Ini juga dapat membimbing murid untuk tampil sihat dan bersih serta bertenaga dalam kehidupan.
Pengisisan program ini pula adalah dimulakan dengan Ceramah Kesihatan Gigi dari Klinik pergigian Sri Gading diikuti dengan demontrasi serta amali cara menggosok gigi dengan betul. Selepas itu Ceramah Kesihatan pula disampaikan oleh pihak Klinik Kesihatan Parit Raja. Selepas rehat murid-murid diberi kebenaran untuk melihat pameran yang telah disediakan oleh kedua-dua pihak.