Wednesday, October 24, 2012
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
Pada 22-24 Oktober 2012, telah berlangsungnya Program Kem Membaca 1 Malaysia. Program yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Pintas Raya ini telah menganjurkan berbagai-bagai aktiviti yang menarik antaranya pertandingan mewarna yang telah dianjurkan dengan kerjasama PPD Batu Pahat dan Adabi dan demonstrasi memasak oleh Chef Irwan yang telah dibawa khas oleh Adabi. Kemuncak program ini ialah program membaca selama 30 minit melibatkan semua warga SK Pintas Raya.
Saturday, October 20, 2012
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012
Pada 19-20 Oktober 2012, Unit Kokurikulum SK Pintas Raya telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform SK Pintas Raya. Kira-kira 80 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini yang mana mereka terdiri daripada ahli-ahli Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Apa yang menariknya, pada perkhemahan kali ini, semua peserta perlu menyediakan sendiri hidangan makan malam. Pihak penganjur hanya menyediakan bahan-bahan mentah namun semuanya bergantung kepada peserta-peserta untuk mengolah sendiri hidangan yang perlu disediakan yang bersesuaian sebagai hidangan makan malam. Ini bertujuan untuk mengajar peserta-peserta agar dapat dapat berdikari. Selain itu, semua peserta telah dibawa ke Tapak Perkuburan Kampung Parit Haji Salleh Ros untuk acara kebajikan. Ini sebagai kesinambungan daripada kursus pengurusan jenazah yang telah diadakan sebelum ini.
Saturday, October 6, 2012
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Panitia Pendidikan Islam SK Pintas Raya dengan kerjasama Pejabat Kadi
Daerah Batu Pahat telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 6
Oktober 2012. Kira-kira 145 orang murid tahun 5 dan tahun 6 telah
terlibat mengikuti program ini. Antara pengisian kursus ini ialah
penerangan berkenaan perkara pengurusan jenazah dan cara-cara
mengkapankan jenazah. 2 orang murid, masing-masing seorang lelaki dan
perempuan telah terpilih untuk menjadi model bagi sesi mengkapankan
jenazah.
Wednesday, October 3, 2012
SUKAN TAHUNAN SK PINTAS RAYA 2012
Pada 3 Oktober 2012, telah berlangsungnya Sukan Tahunan SK Pintas Raya. Buat julung-julung kalinya, acara ini telah dilangsungkan di padang awam Taman Universiti Parit Raja. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya acara balapan dan acara padang. Seramai 6 pasukan telah bertanding bagi merebut gelaran juara iaitu Rumah Hijau, Rumah Oren, Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Ungu dan Rumah Biru. Berikut adalah pungutan mata bagi setiap rumah yang bertanding.
KEDUDUKAN
|
RUMAH
|
MATA
|
JOHAN
|
OREN
|
236
|
NAIB
JOHAN
|
MERAH
|
216
|
KE-3
|
HIJAU
|
196
|
KE-4
|
KUNING
|
180
|
KE-5
|
UNGU
|
178
|
KE-6
|
BIRU
|
169
|
Subscribe to:
Posts (Atom)