Monday, April 30, 2012

SK PINTAS RAYA DI PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI

Pada 26 April 2012 (Khamis), Pasukan Kompang SK Pintas Raya telah menyertai Pertandingan Kompang Formasi Daerah Batu pahat yang telah diadakan di SK Senggarang. Apa yang cukup membanggakan, Pasukan Kompang SK Pintas Raya telah berjaya meraih tempat ke-3 daripada 5 kumpulan yang bertanding bagi kategori sekolah rendah. Lebih membanggakan lagi, pertandingan ini merupakan julung-julung kali disertai oleh Pasukan Kompang SK Pintas Raya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Kompang SK Pintas Raya dan kepada Ustazah Rosmah binti Jaffri selaku jurulatih yang telah bertungkus-lumus menjalani latihan pada setiap hari.

"TAHNIAH"








Saturday, April 28, 2012

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SK PINTAS RAYA 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pintas Raya dengan kerjasama Unit HEM, Unit Disiplin, Cyber Bridget, Pusat Sumber Sekolah dan Penyelaras Kelas telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bagi tahun 2012. Program tersebut telah berlangsung pada 28 April 2012 di Dewan Tertutup SK Pintas Raya. Ceramah kepimpinan telah disampaikan oleh Pn Misalzura binti Hj Misran, Kaunselor SMK Seri Gading.

Antara objektif penganjuran kursus ini ialah untuk mempertingkatkan bakat dan minat kepimpinan serta semangat jati diri dan seterusnya menjadi "role model" di kalangan murid. Di samping itu, ianya juga untuk melahirkan modal insan yang berkebolehan dan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan para peserta kursus.


















Monday, April 23, 2012

PERSEMBAHAN MURID MINGGU INI (SAINS)

Perhimpunan pada minggu ini diserikan lagi dengan persembahan murid-murid tahun 4 Mawar. Mereka mewakili matapelajaran Sains dengan bimbingan guru Sains mereka, Pn Mahnum binti Md Salleh. Lihatlah aksi-aksi mereka.

Saturday, April 21, 2012

MINGGU MEMBACA SK PINTAS RAYA 2012

Minggu ini (16.4.2012 - 21.4.2012) merupakan Minggu Membaca Peringkat SK Pintas Raya. Berbagai-bagai aktiviti telah disusun antaranya, kuiz, motivasi, mewarna dan ceramah khas berkenaan dengan membaca. Ianya dijalankan semasa perhimpunan harian setiap pagi. Di sini disertakan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung.

PERSEMBAHAN MURID MINGGU 13

Persembahan murid minggu ke 13 yang telah dipersembahkan oleh murid tahun 2 Mawar. Persembahan dari Panitia Bahasa Inggeris dan dilatih oleh En Misli bin Md Sapian.






Thursday, April 19, 2012

PENGAGIHAN BAJU SUKAN SK PINTAS RAYA

Baju sukan SK Pintas Raya bagi tahun 2012 telah diagihkan kepada murid-murid. Agak menarik dengan rekaan terkini. Ianya berlambangkan logo rasmi 1Murid 1Sukan yang merupakan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menceburi sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan.

Monday, April 16, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PINTAS RAYA 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Pintas Raya telah diadakan pada hari Ahad, 15 April 2012. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga dengan adanya mesyuarat seperti ini, pemuafakatan antara pihak sekolah, ibu bapa/ penjaga dan semua pihak dapat diwujudkan.

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SK Pintas Raya 2012.