Friday, August 5, 2016

Tahniah ! Tahniah ! NRC

SK Pintas Raya telah menghantar seramai 12 orang murid terdiri dari murid-murid tahun 4, 5, dan 6 untuk menyertari Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Johor.   Pertandingan tersebut telah diadakan pada 05.08.2016 di SJKC Kuo Kuang.    Pasukan Robotik SK Pintas Raya di bawah bimbingan Encik Syahif Syakirinal, En Mohd Sharizal dan Puan Mariam.telah mendapat tempat ke 27, 28, 35 dan 35 daripada 96 buah pasukan.   Tahniah ! Tahniah !











Wednesday, August 3, 2016

"BLINK"

Program Jelajah Sekolah Bersama "BLINK".   Satu bengkel penulisan kreatif bersama penulis novel Encik Azanil Fitri telah diadakan pada 03.08.2016 mulai jam 9.00 hingga 10.00 pagi.   Majlis ramah mesra bersama penulis dan penjualan buku juga diadakan mulai jam 10.00 hingga 11.00 pagi.   Semua murid tahun 4 dan 5 telah menghadiri bengkel tersebut.








Sunday, July 31, 2016

MOTIVASI ANAK SOLEH & SOLEHA HARTA AYAH BONDA

Program Motivasi  Anak Soleh dan Soleha Harta Ayah telah diadakan  pada 31.07.2016 (hari Ahad) mulai jam 9.00 hingga 11.00 pagi   Program Motivasi ini diadakan bertempat di Makmal Komputer.







    

Thursday, July 28, 2016

UJIAN LENCANA KELAB DOKTOR MUDA (ULKDM)

Ujian Lencana Kelab Doktor Muda (UKLDM) telah diadakan pada 28.07.2016 (hari Khamis).   Ujian ini telah diadakan mulai jam 10.30 hingga 11.30 pagi di kelas 6 At-Tirmizi dan dikendalikan oleh Jururatat KK Seri Gading.  Seramai 31 orang murid tahun 5 dan 6 telah terlibat untuk menjalani ujian tersebut.





Wednesday, July 27, 2016

MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEMURNI BUDI

Majlis Sejambak Kasih Semurni Budi sempena persaraan Encim Ismail bin Ahmad (Mantan Guru Besar SK Pintas Raya) telah diadakan pada 27.07.2016 (hari Rabu).    Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan Encik Ismail bin Ahmad.