Wednesday, April 27, 2016

API !!!! KECIL MENJADI KAWAN, BESAR MENJADI LAWAN

Program Latihan Kebakaran 2016 telah diadakan pada 27.04.2016 (hari Rabu).   Program tersebut telah mendapat kerjasama dari anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Hitam.    Pengosongan bangunan dimulai dengan loceng kecemasan dibunyikan tepat jam 9.00 pagi.   Semua warga SK Pintas Raya telah berhimpun di padang dan penyemakan jumlah warga telah dilakukan.
          Sesi teklimat dan maklum balas latihan telah diadakan pada jam 9.30 pagi di dewan terbuka.   Demonstrasi memadam kebakaran juga telah diadakan dan disertai oleh beberapa orang guru dan murid SK Pintas Raya.   Pada akhir program, murid-murid berpeluang melihat sendiri dan merasai pengalaman menaiki lori bomba...












Wednesday, April 20, 2016

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK UPSR 2016

Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR 2016 telah diadakan pada 20.04.2016.    Bengkel tersebut dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.   Bengkel tersebut dikendalikan oleh semua guru Matematik SK Pintas Raya.




Tuesday, April 19, 2016

PROGRAM SENAMROBIK 1M1S BERSAMA MILO

Program Senamrobik 1M1S Bersama MILO Sempena Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Aktiviti Senamrobik di Sekolah Rendah Tahun 2016 telah diadakan pada 18.04.2016 mulai jam 7.00 pagi.   Program ini telah disertai oleh semua warga SK Pintas Raya.   Pengedaran minuman MILO telah dilakukan sebaik sahaja selesai aktiviti senamrobik.







TAHNIAH..TAHNIAH ...

Tahniah buat adik Siti Norain binti Sanip atas kejayaannya meraih 3 emas dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ Pendidikan Khas bagi acara 100m, 200m dan 4x100m....Teruskan perjuangan hingga ke MSSM..




Sunday, April 17, 2016

PROGRAM MINGGU AUTISME SEMPENA SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA 2016

Program Minggu Autisme peringkat SK Pintas Raya diadakan pada 17.04.2016 hingga 21.04.2016.   Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Encik Ismail bin Ahmad pada 17.04.2016 (hari Ahad).   Dengan tema sambutan  "Difference Is No Barrier" diharapkan dapat memberikan kesedaran tentang keperluan memahami kanak-kanak autisme dalam kalangan murid, guru, warga sekolah, ibu bapa dan penjaga serta komuniti.


Image result for MINGGU AUTISME

          Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Minggu Autisme seperti kuiz, jualan amal, tayangan slaid, mewarna, pertandingan munyusun abjad, sukaneka dan persembahan murid.







PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2016

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2016 telah diadakan pada 17.04.2016 (hari Ahad).   Program tersebut dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pintas Raya.   Peserta program tersebut terdiri daripada 60 orang murid tahun 6 SK Pintas Raya dan 30 orang murid tahun 6 SK Pintas Puding.  
          Program motivasi ini diadakan bagi meningkatkan semangat dan usaha murid-murid tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR.   Selain itu, program ini dapat memberi keyakinan kepada setiap tanpa mengira tahap  penguasaan  untuk mendapatkan keputusan  cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
          Program motivasi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Haziq Azree bin Yazid dari Hayzi Consultancy sebagai fasilitator.





Saturday, April 16, 2016

PROGRAM 1M1S DAN HARI KEUSAHAWANAN TAHUN 6

Program 1 Murid 1Sukan dan Hari Keusahawanan Murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada   16.04.2016 (hari Sabtu)  mulai jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari.  Program dimulai dengan   Senamrobik di dataran kejat pada 8.00 hingga 8.15 pagi.   Pada jam 8.15 - 10.00 pagi  diadakan aktivti Senitra iaitu permainan tradisional seperti dam, congkak, batu seremban, ceper, guli dan teng-teng.
          Pada jam 10.00 - 11.00 pagi Program Hari Keusahawanan Tahun 6 bermula.   Beberapa gerai seperti gerai makanan berat, gerai barang kering, gerai kuih, gerai fast food, gerai ais krim dan kek, gerai buah-buaahan dan gerai minuman diuruskan dan dikendalikan oleh murid-murid tahun 6.
          Pada jam 11.00 - 12.00 tengah hari Pertandingan Mewarna untuk murid tahap 1 dan            Pertandingan Catur untuk murid Tahap 2 dimulakan.

Senamrobik

Senitra - Permainan Dalaman (Teng-teng)

Senitra - Permainan Dalaman (Ceper)

Senitra - Permainan Dalaman (Dam)

Gerai Minuman - menjual air keladi, air anggur, air mangga, air asam gegirl, air  sirap limau 

Gerai air krim dan kek

Gerai Fast Food