Monday, March 29, 2010

KURSUS KEPIMPINAN 2010

Pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 telah diadakan satu ceramah kepimpinan untuk barisan pemimpin sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Cyber Bridget, Doktor Muda, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Program ini telah dijayakan dengan usaha sama penuntut dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO).



















Hari Kesihatan SK Pintas Raya 2010


Pada 29 mac 2010 telah berlangsung satu progarm iaitu Hari Kesihatan peringkat SKPR. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dn berakhir pada 11.30 tengahari. ini merupakan program yang pertama kali diaakan di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta dibantu oleh Unit HEM dan Kelab Doktor Muda.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang menjaga kesihatandiri di kalangan murid sekoalh dari Prasekolah hinggalah murid Tahun 6. Ini juga dapat membimbing murid untuk tampil sihat dan bersih serta bertenaga dalam kehidupan.
Pengisisan program ini pula adalah dimulakan dengan Ceramah Kesihatan Gigi dari Klinik pergigian Sri Gading diikuti dengan demontrasi serta amali cara menggosok gigi dengan betul. Selepas itu Ceramah Kesihatan pula disampaikan oleh pihak Klinik Kesihatan Parit Raja. Selepas rehat murid-murid diberi kebenaran untuk melihat pameran yang telah disediakan oleh kedua-dua pihak.

Monday, March 22, 2010

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM BACA 1 MINGGU 1 BUKU


Pada 22 Mac 2010, bertempat di tapak perhimpunan SKPR telah berlangsung Majlis Pelancaran Jom Baca 1 Minggu 1 Buku. Majlis telah disempurnakan dengan jayanya oleh tuan Guru Besar, En. Ali bin Mustari. Program yang dianjurkan oleh pihak PPD Batu Pahat dan PKG daerah Batu Pahat.

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini dikelolakan oleh Pusat Sumber dan Perpustakaan.
Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. Matlamat program ini pula adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

Friday, March 12, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW PERINGKAT SKPR 2010

Pada hari Khamis bersamaan 11 mac 2010 telah berlangsung sambutan MaulidurRasul peringkat SK Pintas Raya. Perhimpunan yang telah diadakan di dewan terbuka SKPR itu telah dihadiri oleh para pelajar, guru serta tetamu jemputan. SEmua segak dan kemas berpakaian baju kurung dan berbaju melayu.

Penceramah yang telah diundang ialah Dr Rafiuddin bin Afkari. Beliau adalah Panel fakulti Pengajian Islam di UTHM. Beliau telah menyampaikan ceramahnya dengan penuh bersemangat dan para pelajar juga turut mendengarnya dengan penuh tekun.

Selain itu, sambutan tersebut juga telah diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-QuranulKarim oleh adik Mohd. Husnee bin Abd. Shukor dari kelas 6 Mawar. Dituruti juga dengan alunan berzanji oleh adik Mohd. Nur Hanafi bin Harol Anuar dari kelas 6 Mawar dan adik Nor Fazleen bt Ma'mor dari kelas 5 Mawar. Alunan berzanji tersebut telah diikuti dengan selawat beramai-ramai yang diketuai oleh Ust. Mohd.Aminurrasyid bin Kusni.

Majlis seterusnya diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan As-Syakirin yang mempersembahkan alunan zikir dan selawat Badar serta nasyid Taubat Maksiat. Persembahan tersebut telah diiringi dengan paluan kompang.

Majlis diakhiri dengan jamuan. Pelajar kembali masuk ke kelas masing-masing untuk memulakan kelas pada jam 11.00 pagi.