Saturday, March 31, 2012

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH

Majlis persaraan Tn Hj Mohd Hashim bin Hadith telah diadakan di Dewan Terbuka SK Pintas Raya pada 30 Mac 2012. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh beliau sepanjang berkhidmat selama lebih kurang 30 tahun sebagai pendidik amnya dan sebagai warga SKPR khasnya. Semoga kehidupan beliau selepas bersara akan terus dirahmati Allah S. W. T.

Berikut merupakan sejarah perkhidmatan beliau sebagai warga pendidik:

1. SK Pulau Aur, Mersing
2. SK Bandar Mersing
3. SK LKTP Tenggaroh 1, Mersing
4. SK Rengit, Batu Pahat
5. SK Sri Mulia, Rengit, Batu Pahat
6. SK Sri Aman, Sri Gading, Batu Pahat
7. SK Temenggung Ibrahim Penggaram, Batu Pahat
8. SK Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat
9. SK Pintas Raya, Parit Raja, Batu Pahat

"JASAMU DIKENANG"


Tuesday, March 27, 2012

PERTANDINGAN BOLA BALING MSSM ZON PINTAS PUDING 2012

Pada 23 Mac 2012, SK Pintas Raya telah menghantar peserta bagi menyertai Pertandingan Bola Baling MSSM Zon Pintas Puding bagi tahun 2012. Pertandingan tersebut telah diadakan di SK Seri Timbul. Pasukan Bola Baling SK Pintas Raya telah meraih tempat ke-4 daripada 5 buah sekolah yang menyertai pertandingan tersebut. Apa yang lebih membanggakan, 3 orang peserta dari SK Pintas Raya telah terpilih untuk mewakili Zon Pintas Puding ke Pertandingan Bola Baling MSSM Daerah Batu Pahat. Mereka ialah Muhammad Akmal Hakim bin Adnan, Muhammad Rafiuddin bin Samad dan Naqib bin Noryadi. Tahniah diucapkan.


3 orang murid SK Pintas Raya yang terpilih untuk mewakili Zon Pintas Puding ke Pertandingan Bola Baling MSSM Daerah Batu Pahat 2012.