Monday, June 28, 2010

PERTANDINGAN MINI MUSABAQAH SKPR 2010

Pada 25 dan 26 Jun telah berlangsung Pertandingan Mini Musabaqah peringkat SK Pintas Raya Tahun 2010. Program ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Pertandingan telah dibuka kepada pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Bagi Tahap 1 pertandingan telah diadakan pada 25 Jun 2010 dan Tahap 2 pula pada 26 Jun 2010. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya ialah pertandingan tilawah Al-Quran, bacaan berzanji, azan, sayang jawi, kuiz Bahasa Arab dan kalam jam'ie (choral speaking).

Thursday, June 24, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan pelajar-pelajar SK Pintas Raya. Sesi persekolahan bagi penggal yang kedua baru bermula. Bagi sesi penggal pertama yang telah berlalu banyak aktiviti yang telah dijalankan dimana melibatkan guru-guru dan juga pelajar. Kurangkan kelemahan dan pertingkatkan prestasi untuk sesi penggal kedua ini.
Bagi pelajar Tahun 6, kalian hanya tinggal 3 bulab sahaja lagi untuk menghadapi UPSR. Gunakan sebaik mungkin masa yang ada.
Semoga kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Tuesday, June 1, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 kepada murid-murid Tahun 1 hingga 5. Peperiksaan berlangsung bermula 1 hingga 4 Jun 2010. Semoga semuanya beroleh kejayaan yang cemerlang.