Program 1 Murid 1Sukan dan Hari Keusahawanan Murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 16.04.2016 (hari Sabtu) mulai jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari. Program dimulai dengan Senamrobik di dataran kejat pada 8.00 hingga 8.15 pagi. Pada jam 8.15 - 10.00 pagi diadakan aktivti Senitra iaitu permainan tradisional seperti dam, congkak, batu seremban, ceper, guli dan teng-teng.
Pada jam 10.00 - 11.00 pagi Program Hari Keusahawanan Tahun 6 bermula. Beberapa gerai seperti gerai makanan berat, gerai barang kering, gerai kuih, gerai fast food, gerai ais krim dan kek, gerai buah-buaahan dan gerai minuman diuruskan dan dikendalikan oleh murid-murid tahun 6.
Pada jam 11.00 - 12.00 tengah hari Pertandingan Mewarna untuk murid tahap 1 dan Pertandingan Catur untuk murid Tahap 2 dimulakan.
 |
Senamrobik |
 |
Senitra - Permainan Dalaman (Teng-teng) |
 |
Senitra - Permainan Dalaman (Ceper) |
 |
Senitra - Permainan Dalaman (Dam) |
 |
Gerai Minuman - menjual air keladi, air anggur, air mangga, air asam gegirl, air sirap limau |
 |
Gerai air krim dan kek |
 |
Gerai Fast Food |
No comments:
Post a Comment