Thursday, May 26, 2016

CUTI! CUTI!..CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2016



Image result for cuti sekolah 2016

Cuti Pertengahan Tahun 2016 akan bermula dari 27 Mei 2016 (hari Jumaat) hingga 11 Jun 2016 (hari Sabtu).   Kami mengucapkan Selamat Bercuti kepada warga SK Pintas Raya dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.  

Sepanjang cuti sekolah ini kelas tambahan untuk murid tahun 6 akan diadakan.   Berikut adalah jadual kelas tambahan.

KARNIVAL KESENIAN DAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH BATU PAHAT 2016

Karnival Kesenian dan Kemahiran Pendidikan Khas Daerha Batu Pahat telah berlangsung pada 24 hingga 25 Mei 2016 di Dewan Orang Ramai Parit Raja.   Beberapa orang murid Kelas Pendidikan Khas SK Pintas Raya telah menyertai karnival tersebut dan telah memenangi beberapa acara seperti

1.   Adik Ra'biatul Adawiyah binti Hamidi - Johan Nyanyian Solo
2.   Adik Muhammad Aliff Aiman bin Hussin - Johan Litar Elektronik
3.   Adik Siti Norain binti Sanip dan adik Ra'biatul Adawiyah binti Hamidi - Tempat Kelima Solekan dan Dandanan
4.   Adik Mohamad Azri Ariffin bin Azman - Saguhati Pakaian Beragam Kategori Sindrom Down





Sunday, May 22, 2016

PROGRAM SOLAT HAJAT BERSSMA IBU BAPA DAN GURU PENDIDIKAN KHAS

Program Solat Hajat Bersama Ibu Bapa dan Guru Pendidikan Khas telah diadakan pada 22 Mei 2016 di Wakaf Ilmu SK Pintas Raya.









Kejayaan Berganda.....TAHNIAH! TAHNIAH!

Tahniah kepada warga Pendidikan Khas SK Pintas Raya kerana telah mendapat kejayaan berganda....


1.    Adik Ra'biatul Adawiyah binti Hamdi telah mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Tilawah dan Hafazan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 - 12 Mei 2016 di Melaka.   Adik Ra'biatul Adawiyah telah diumumkan sebagai Johan Hafazan dan Naib Johan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2016.



2.   Adik Siti Norain binti Sanip mewakili Negeri Johor dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 17- 21 Mei 2016 di Terengganu.   Adik Siti Norain telah merangkulpingat emas  dalam acara 100m, 4x100m dan 4x200m: dan pingat perak dalam acara 200m.


Monday, May 16, 2016

SAMBUTAN HARI GURU 2016

Sambutan Hari Guru 2016 telah diadakan padan 16 Mei 2016 dengan tema sambutan "Guru Pembina Negara Bangsa".   Sambutan Hari Guru 2016 telah diwarni dengan pelbagai pakaian "Kalau Aku Bukan Guru" yang telah digayakan oleh guru-guru dan staf.  













Friday, May 13, 2016

PERTANDINGAN BOWLING HARI GURU

Pertandingan Bowling sempena Hari Guru 2016 telah diadakan pada 13 Mei, 2016 (Jumaat) mulai jam 3.00 petang.   Pertandingan ini disertai oleh guru-guru dan staf SK Pintas Raya serta AJK PIBG SK Pintas Raya.









Sunday, May 8, 2016

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2016


Image result for examination cartoon images



Peperiksaan Setengah Tahun 2016 akan diadakan mulai 08.05.2016 (hari Ahad) hingga 12.05.2016 (hari Khamis).   Harap semua murid dapat bersedia dengan membuat ulangkaji pelajaran secukupnya.   Kami warga SKPR mendoakan agar semua murid SKPR akan dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin seterusnya mempeolehi keputusaan yang memuaskan.





JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2016

HARI/ TARIKH
WAKTU
MATA PELAJARAN
MASA
08.05.2016
Ahad
8.45 – 9.45 pagi
Pendidikan Kesihatan
1 jam
10.00 – 10.30 pagi
REHAT

10.45 – 12.45 t/ hari
Pendidikan Seni Visual
2 jam
09.05.2016
Isnin
7.35 – 8.45 pagi
Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman)
1 jam
15 minit
8.55 – 9.55 pagi
Jawi
1 jam
10.00 – 10.30 pagi
REHAT

10.40 – 11.55 pagi
Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan)
1 jam
15 minit
12.00 – 1.00 t/hari
Sejarah (Tahap 2 sahaja)
1 jam
10.05.2016
Selasa
7.35 – 8.50 pagi
Bahasa Inggeris Kertas 1 (Pemahaman )
1 jam
15 minit
8.55 – 9.55 pagi
Pendidikan Agama Islam
1 jam
10.00 – 10.30 pagi
REHAT

10.40 – 11.55 pagi
Bahasa Inggeris Kertas 2 (Penulisan)
1 jam
15 minit
12.00 – 1.00 t/hari
RBT (Tahap 2 sahaja)
1 jam
11.05.2016
Rabu)
7.40 – 8.40 pagi
Matematik Kertas 2
1 jam
8.50 – 9.50 pagi
Bahasa Arab
1 jam
10.00 – 10.30 pagi
REHAT

10.40 – 11.40 pagi
Matematik Kertas 1
1 jam
11.50 – 12.50 t/hari
RBT (Tahap 2 sahaja)
1 jam
12.05.2016
Khamis
8.00 – 9.00 pagi
DST/ Sains (Kertas 1)
1 jam
9.30 – 10.00 pagi
REHAT

10.10 – 11.10 pagi
Dst/ Sains (Kertas 2)
1 jam

Friday, May 6, 2016

PROGRAM 4 DALAM 1

Pada pagi Jumaat (06.05.2016) yang berkat ini, SK Pintas Raya telah mengadakan 4 program serentak yang melibatkan PIBG SK Pintas Raya dan warga SK Pintas Raya

1.   Program Gotong-Royong dan Keceriaan SK Pintas Raya telah diadakan dengan kerjasama ahli PIBG dan warga sekolah.   Program ini diadakan dengan tujuan untuk membersihkan kawasan sekolah yang berkemungkinan akan mendatangkan bahaya kepada warga sekolah.   Selain itu mural pada dinding-dinding dicat semula agar kelihatan menarik dan ceria.




2.   Mesyuarat PIBG Kelas Pendidikan Khas telah diadakan di kelas Pendidikan Khas.


3.   Pusat Sumber Sekolah SK Pintas Raya telah mengadakan Program Keceriaan Pusat Sumber.



4.   Cyber Bridget Day telah diadakan di makmal komputer.   Sesi taklimat, kuiz, dan pertandingan membuat email telah diadakan untuk CB 2016.