Wednesday, January 27, 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2016

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W telah diadakan pada 27.01.2016 bersamaan 17 Rabiul Akhir 1437.   Ustaz Amir bin Mohtaram dari SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat telah diundang untuk menyampaikan ceramah pada majlis tersebut.















Wednesday, January 2, 2013

SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2013

SK Pintas Raya mengucapkan selamat datang dan kembali ke sekolah kepada semua warga SK Pintas Raya.

Wednesday, October 24, 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Pada 22-24 Oktober 2012, telah berlangsungnya Program Kem Membaca 1 Malaysia. Program yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Pintas Raya ini telah menganjurkan berbagai-bagai aktiviti yang menarik antaranya pertandingan mewarna yang telah dianjurkan dengan kerjasama PPD Batu Pahat dan Adabi dan demonstrasi memasak oleh Chef Irwan yang telah dibawa khas oleh Adabi. Kemuncak program ini ialah program membaca selama 30 minit melibatkan semua warga SK Pintas Raya.

  

 
 

Saturday, October 20, 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

Pada 19-20 Oktober 2012, Unit Kokurikulum SK Pintas Raya telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform SK Pintas Raya. Kira-kira 80 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini yang mana mereka terdiri daripada ahli-ahli Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Apa yang menariknya, pada perkhemahan kali ini, semua peserta perlu menyediakan sendiri hidangan makan malam. Pihak penganjur hanya menyediakan bahan-bahan mentah namun semuanya bergantung kepada peserta-peserta untuk mengolah sendiri hidangan yang perlu disediakan yang bersesuaian sebagai hidangan makan malam. Ini bertujuan untuk mengajar peserta-peserta agar dapat dapat berdikari. Selain itu, semua peserta telah dibawa ke Tapak Perkuburan Kampung Parit Haji Salleh Ros untuk acara kebajikan. Ini sebagai kesinambungan daripada kursus pengurusan jenazah yang telah diadakan sebelum ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Saturday, October 6, 2012

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Panitia Pendidikan Islam SK Pintas Raya dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 6 Oktober 2012. Kira-kira 145 orang murid tahun 5 dan tahun 6 telah terlibat mengikuti program ini. Antara pengisian kursus ini ialah penerangan berkenaan perkara pengurusan jenazah dan cara-cara mengkapankan jenazah. 2 orang murid, masing-masing seorang lelaki dan perempuan telah terpilih untuk menjadi model bagi sesi mengkapankan jenazah.